...

Saturday, July 20, 2013

Resepi Ikan Siakap Stim Limau Chef Anis

Sahur tadi tengok satu rancangan masakkan hosted by Chef Anis Nabilah. Tapi tengok gitu2 je la.. dia kat Phuket pastu masak tepi pantai.. then kebetulan plak masa online ni terjumpe Resepi Ikan Siakap Stim Limau

Ni saya amik kat mylaunchpad.com.my


Jom masak Ikan Siakap Stim Limau.



Bahan-bahan:


½ batang Leek


3 cm Halia Muda


8 biji Cili Padi Merah


3 Biji jus Limau Nipis


1 Akar Daun Ketumbar


13 ulas Bawang Putih


1 sudu kecil Minyak Bijan


1 sudu besar Minyak Ikan


Garam secukup rasa


Serbuk Lada Putih secukup rasa


4 batang Serai


Cara Menyediakan:

• Hiriskan nipis leek, halia muda, cili padi merah dan akar daun ketumbar.

• Tiga biji limau nipis perahkan jusnya.

• Taburkan bahan-bahan yang telah dihiris tadi.

• Masukkan sedikit bawang putih yang telah diblend.

• Tuangkan jus limau, minyak bijan, minyak ikan, garam, serbuk lada putih dan gaulkan bahan-bahan tersebut.

• Letakkan ikan di atas bahan-bahan tadi dan taburkan lagi bahan-bahan yang telah dihiris tadi.

• Letakkan serai yang telah dititik.

• Balutkan ikan siakap dengan aluminium foil.

• Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190 Celsius selama dua puluh minit.

• Hiriskan daun ketumbar dan taburkan di atas ikan yang telah dimasak.






sorry font ni degil la...dok byk kali edit still tak mau jadi besar size nyer...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Related Post